DARI KUALA LUMPUR: MESKIPUN pilihan raya umum (PRU) kali ini boleh disifatkan sebagai yang paling sengit bagi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, riak wajahnya tetap kelihatan tenang dan mudah tersenyum.
Sikapnya yang lembut membuat penduduk Batu Caves bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua tidak kekok bergambar, apalagi menyapa atau berbual dengannya semasa majlis minum petang...





