PERDANA Menteri India Narendra Modi meluangkan hari terakhir beliau dalam rangka lawatan tiga hari di Singapura dengan mengunjungi beberapa tempat beribadat sekitar South Bridge Road semalam.
Encik Modi, yang tiba di Singapura Khamis lalu atas undangan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, telah dibawa mengunjungi Masjid Jamae Chulia, Kuil Sri Mariamman dan Kuil Buddha Tooth Relic.





