KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menafikan telah mewajibkan semua kenderaan asing yang masuk ke negara ini mendaftar secara dalam talian untuk permit masuk kenderaan (VEP) berkuat kuasa 1 Mei 2018.
Dalam kenyataan dikeluarkan Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik jabatan itu, JPJ memaklumkan VEP masih di peringkat ujian dan pengesahan sistem bagi memastikan kestabilan serta kesempurnaan sistem sebelum penguatkuasaan...






