ENCIK Ng Chee Meng, Menteri Pendidikan (Sekolah) merangkap Menteri Kedua bagi Pengangkutan telah dilantik ke jawatankuasa tertinggi gerakan buruh, menurut Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dalam kenyataannya pada 23 April.
Beliau disertai Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan) Encik Koh Poh Koon dan kededua Anggota Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat itu akan berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Agung.





