Menyusuli fenomena yang tercetus daripada kegilaan terhadap peraduan dangdut realiti D' Academy Asia (DAA) di saluran Indosiar, banyak usaha dilakukan bagi memperbetulkan salah tanggap mengenai genre muzik dangdut. Jika dangdut dahulunya dianggap muzik golongan usia senja yang berbaur seksi dengan lirik jelek, ia kian menjadi sandaran si anak muda. Minat memperkasa diri dengan pengetahuan tentang irama dangdut pula tertanam dalam...





