ENAM bulan telah berlalu. Mak Minah masih mengenangkan anak sulungnya, Arman. Tali gantung merentap segala kebahagiaan. Sehingga kini, Mak Minah masih menyalahkan dirinya kerana tidak mendidik Arman dengan sempurna. Kemiskinan mengelabui naluri seorang ibu. Mak Minah akur yang dia lebih mendiamkan diri daripada menasihati. Kalaulah dia berkeras dari dahulu lagi, sudah tentu Arman tidak terjebak dalam kegiatan mengedar dadah. Sakit...





