PENYEDIA khidmat katering bagi majlis perkahwinan semakin ligat memikirkan pelbagai cara mengubah suai hidangan dan minuman ke arah tabiat pemakanan lebih sihat demi membantu mengurangkan kadar kencing manis dalam kalangan masyarakat Melayu.
Tinjauan ke atas 10 syarikat katering menunjukkan bahawa secara sebulat suara, mereka percaya usaha itu akan membantu mereka dalam mengetengahkan perubahan menyihatkan pada menu, sesuatu yang sebahagiannya mendakwa...





