MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) akan memperuntukkan $1 juta bagi menggalak keluarga Muslim berpendapatan rendah dan pertengahan memulakan tabung amanah bagi anggota keluarga yang berkeperluan khas.
Mengumumkan demikian semasa berucap di Seminar Pelan Kerja Muis di Hab Islam Singapura pagi tadi, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, berkata sekitar 100 keluarga dijangka meraih manfaat daripada dana itu...





