GOLD COAST: Kecederaan lutut yang terpaksa dihadapi atlit angkat berat Malaysia, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad (gambar atas), tidak melunturkan semangatnya untuk berjuang menghadiahkan pingat emas pertama negaranya di temasya Sukan Komanwel Gold Coast, Australia, semalam.
Walaupun terpaksa menahan kesakitan akibat kecederaan pada lutut kanan itu seminggu sebelum memulakan aksi pada temasya empat tahun sekali ini, beliau bagaimanapun berjaya mengharumkan...





