Ditunggu-tunggu kelahiran single sulung mereka selepas terlabuh tirai peraduan Anugerah 2017, awal tahun lalu. Namun, segala penantian pengikut dua anak muda, Mohd Shahfiq Irman dan Nur Liwani Izzati Jelani, yang mencipta nama dalam peraduan adu bakat tersebut, berakhir dengan lagu serta klip video masing-masing dilancarkan kelmarin. Lebih membanggakan apabila lagu Mohd Shahfiq Maya , diterima baik di gedung digital Spotify...





