GOLONGAN penterjemah dan jurubahasa Singapura kini boleh memanfaatkan satu skim baru untuk mempertingkat keupayaan mereka.
Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Encik Chee Hong Tat, mengumumkan Skim Pembangunan Bakat Penterjemahan (TTDS) itu di majlis jamuan malam penghargaan Jawatankuasa Penterjemahan Nasional (NTC) di hotel Amara Singapore semalam.






