"Oi, bodohnya anak! Nak katakan bertuahnya kau, hidup kau ni memang masih malang. Apa nak jadi dengan kau? Dah, bangun. Bangun!". Berkali-kali Awang menghenyak sekujur tubuh Rahman.
Diam. Diam tidak berkata. Diam hanya terusik hembusan keras Rahman. Rahman cuba sembunyikan air jernih yang bermain-main di mata kuyu. Merangkak jua setitik ke lembaga hidung. Kaki ayam bergerunyut. Segarnya subuh membelai keinginannya...






