KETENTUAN Tuhan memang tidak boleh dinafikan, namun dalam banyak aspek, umat Islam mesti berfikir berdasarkan logik dan fakta terhadap pelbagai perkara yang berlaku.
Ini dinyatakan oleh Timbalan Dekan Akademi Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan, sambil merujuk contoh kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini.






