BEBERAPA jemaah yang ingin menunaikan umrah telah menerima pengesahan biometrik semalam, tiga hari sebelum ia menjadi mandatori bagi semua permohonan visa ke Arab Saudi.
Namun, ada juga jemaah berkata mereka kesuntukan masa untuk mendapat pengesahan biometrik - imbasan 10 jari dan wajah - dan bimbang gagal mendapat visa sebelum tarikh mereka dijadual berangkat ke Saudi.






