MANILA - Asean perlu terus dipercayai dan bersatu dalam isu-isu berkaitan dengan keprihatinan serantau dan antarabangsa seperti Korea Utara dan Laut China Selatan, menurut Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.
Bercakap kepada rakan sejawatannya dari Asean di permulaan Puncak Asean Ke-31, PM Lee menggalak kumpulan itu untuk terus menyeru agar Korea Utara mematuhi tanggungjawab dan komitmen antarabangsa mereka.






