DANANG: Negara anggota pakatan perdagangan bebas Kerjasama Rentas Pasifik (TPP) telah mencapai persetujuan umum dalam rundingan bagi memuktamadkan satu perjanjian baru tanpa Amerika Syarikat.
Dalam kenyataan bersama yang dijadualkan dikeluarkan semalam, 11 negara anggota melahirkan komitmen melaksanakan "dasar asas" perjanjian itu, meskipun akur lebih banyak usaha perlu dilakukan.






