RIYADH: Arab Saudi berkata ia telah memintas peluru berpandu balistik yang ditembak dari Yemen, selepas letupan kuat didengari di lapangan terbang Riyadh petang Sabtu (dinihari Ahad 5 Oktober, waktu Singapura).
Peluru berpandu itu ditembak musnah di ruang udara ibu kota Arab Saudi itu dan pecahannya jatuh di lapangan terbang, kata pegawai yang diwawancara Agensi Berita Saudi rasmi.






