SYARIKAT media setempat, mm2 Asia, telah memeterai perjanjian bagi membeli kesemua operasi pawagam Cathay Cineplexes di Singapura pada harga $230 juta dalam urus niaga yang dijangka selesai menjelang 24 November ini.
Pembelian itu akan merangkumi lapan pawagam Cathay meliputi 64 skrin atau 11,569 tempat duduk.






