SOKONGAN pemerintah sebagai antara lebih 120 negara yang mengundi bagi resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menolak keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel disambut baik para pemimpin Melayu/Islam setempat.
Para pemimpin tersebut berkata langkah Singapura itu menggariskan sokongan negara ini kepada huraian dua-negara berhubung konflik Israel-Palestin yang disifatkan mereka sebagai satu-satunya cara untuk mencapai kedamaian yang berkekalan...






