PUTRAJAYA: Sekitar 600 kakitangan Imigresen dipindahkan dari stesen Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) selepas disyaki terbabit dalam penyeludupan warga Bangladesh.
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata, hanya segelintir daripada mereka terlibat dengan sindiket yang memanfaatkan "rakan mereka di imigresen" untuk membawa masuk lebih ramai rakyat Bangladesh ke Malaysia.






