Dua saintis yang mendorong pembangunan sektor bioperubatan Singapura bakal meletakkan jawatan kepimpinan utama mereka di A* Star selepas lebih daripada satu dekad menerajui beberapa institut penyelidikan utama.
Profesor Jackie Ying, pengarah eksekutif Institut Biokejuruteraan dan Nanoteknologi (IBN) A*Star dan Profesor Birgitte Lane, ketua Institut Perubatan Biologi (IMB), akan meletakkan jawatan pada 31 Mac tahun depan, menurut jurucakap A*Star.






