KUALA LUMPUR: Skuad hoki padang lelaki Singapura mengalami kekalahan terbesar mereka di temasya Sukan SEA 2017 selepas ditumpaskan Malaysia 9-1 di Stadium Hoki Bukit Jalil malam tadi.
Para pemain negara tidak mampu mengulangi persembahan pusingan akhir mereka ketika menentang Malaysia di Sukan SEA Singapura dua tahun lalu yang menyaksikan kededua pasukan terikat 2-2 selepas tamat perlawanan.






