KUALA LUMPUR: Perenang Singapura Teong Zen Wei meraih emas mengejut dalam Sukan SEA sulungnya malam tadi melalui acara 50 meter kuak bebas.
Teong, 20 tahun mencatatkan masa 22.55 saat lantas menewaskan perenang Indonesia Triady Fauzy Sidiq yang terpaksa berpuas hati dengan perak dengan masa 22.66 saat.






