BELIAU sebenarnya tidak banyak bercakap, sebaliknya memilih membiarkan persembahannya dalam gelanggang membuktikan kemampuan dan apa yang terpendam dalam hatinya.
Namun, daripada cahaya pada wajah dan renungan matanya yang tajam, jelas jaguh silat muda negara Sheik Farhan Sheik Alau'ddin mengidam pingat emas Sukan Asia apabila topik penampilan sulung silat dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 dibualkan di Lapangan Terbang Changi lewat malam...






