SKUAD pesilat Team Singapore meluahkan keghairahan dapat bertanding buat julung-julung kali dalam Sukan Asia di Indonesia tahun depan sambil berasa bangga sukan silat akhirnya mendapat pengiktirafan untuk dipertanding di peringkat tertinggi di Asia.
Mendedahkan demikian dalam interviu eksklusif dengan Berita Minggu sekembalinya dari Korea Selatan Rabu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Silat Singapura (Persisi) Sheik Alau'ddin Yacoob Marican berkata skuad...






