KUALA LUMPUR: Para perenang negara menyambung pencapaian mereka dalam acara renang dengan memungut tiga daripada enam pingat emas yang dipertandingkan di Pusat Akuatik Bukit Jalil sebentar tadi.
Selepas kekecewaannya dalam acara 50 meter kuak lentang lelaki semalam, Quah Zheng Wen akhirnya mencapai pingat emas pertamanya di temasya Sukan SEA 2017.






