Singapura memenangi pingat pertama dalam temasya Sukan SEA ke-29 melalui sukan memanah apabila skuad pemanah negara Ang Han Teng, Alan Lee dan Pang Toh Jin memungut pingat perak dalam acara kompaun lelaki tadi pagi.
Pasukan tersebut tewas di tangan pasukan Malaysia yang terdiri daripada Lee Kin Lip, Juwaidi Mazuki dan Zulfadhli Ruslan 222-228 dalam peringkat akhir acara itu yang diadakan...





