POLIS telah menangkap seorang lelaki berusia 32 tahun kerana disyaki terlibat dalam siri pencurian bateri dari panel penggera kebakaran di beberapa estet perumahan awam, kata Pasukan Polis Singapura dalam kenyataannya pada Sabtu (7 Oktober).
Polis berkata ia menerima beberapa laporan tentang pencurian bateri dari panel penggera kebakaran antara Mac dengan Oktober tahun ini. Penggera itu dipasangkan di tempat meletak kereta...






