TUJUANNYA menyertai konvensyen menggunting rambut lelaki - Barber Connect Russia - di Moscow, Russia, September lalu sekadar membantu temannya, seorang pembekal alat menghias diri dari Indonesia yang mengambil bahagian tetapi tidak mempunyai tukang gunting rambut.
Kebetulan terdapat pertandingan menggunting rambut di sana, Encik Aryan Sieswanto Kamsani, penggunting rambut lelaki popular Singapura yang lebih dikenali sebagai Encik Yanto Sani, tidak melepaskan...






