PUAN Halimah Yacob ialah presiden kelapan Singapura dan juga wanita pertama menyandang jawatan itu, selepas beliau mengangkat sumpah dalam upacara perasmian khas di Istana pada 14 September.
Puan Halimah, 63 tahun, juga adalah Melayu kedua menjadi Presiden Singapura, 47 tahun selepas Presiden pertama Encik Yusof Ishak meninggalkan pejabat itu.






