TIDAK lama lagi anda tidak lagi perlu tergesa-gesa kembali ke kenderaan anda semata-mata untuk menambah kupon bagi melanjutkan tempoh meletak kenderaan.
Ini kerana sejajar dengan visi untuk menjadikan Singapura sebuah negara yang bijak, pemerintah sedang membangunkan satu aplikasi meletak kenderaan secara digital bagi membolehkan pemandu membayar caj meletak kenderaan melalui telefon bimbit mereka.






