HONG KONG: Pengendali kereta api Hong Kong merancang untuk berganding tenaga dengan firma gergasi China untuk membida projek Rel Laju (HSR) Singapura-Kuala Lumpur, lapor akhbar South China Morning Post (SCMP).
Pengerusi MTR (MTR) Corporation Frederick Ma Si-hang berkata, syarikatnya berminat untuk bekerjasama dengan China Railway Corporation bagi kontrak membina HSR sejauh 350 kilometer itu.






