DENGAN tiga bulan lagi sebelum Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, penembak negara Jasmine Ser memberi dirinya rangsangan dengan merangkul tiga emas dan mencatat rekod baru dalam temasya Kejohanan Menembak Asia Tenggara (Seasa) ke-41.
Pemain berusia 26 tahun itu, yang juga peserta Olympik dua kali, memenangi gelaran pasukan raifal angin 10 meter dengan Martina Lindsay Veloso dan Adele Tan, 50m raifal...





