KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menyerahkan senarai nama-nama dan butiran peribadi pemain dan pengadil bola sepak negara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut kenyataan SPRM, kesemua nama-nama ini akan dipantau rapi dan senarai itu turut mengandungi butiran peribadi pegawai pasukan dan juga kakitangan persatuan tersebut.





