BAGHDAD (Iraq): Peperangan di bandar utara Iraq telah menyebabkan kira-kira setengah juta penduduk meninggalkan kediaman mereka di bandar itu, sejak tentera Iraq melancarkan operasi membebaskan Mosul daripada cengkaman militan genap enam bulan lalu.
Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam kenyataan mereka semalam, tentera Iraq telah memulakan operasi ketenteraan terbesar pada 17 Oktober tahun lalu dan berjaya menawan bahagian timur bandar...





