Salun rambut dan kecantikan wanita kendalian pengusaha Melayu-Islam semakin berkembang sejak tiga tahun lalu. Kalau dulu kebanyakannya tertumpu di kawasan kejiranan yang terdapat ramai penduduk Melayu, kini ia sudah memasuki lokasi popular seperti Orchard Road dan gedung beli-belah besar dengan harapan menarik pelanggan berprofil lebih rencam, termasuk ekspatriat dan pelancong. Di kawasan Kampong Glam saja terdapat sekurang-kurangnya empat salun mesra...





