USAHA menangani amalan rasuah di negara ini terus dipertingkat dengan agensi penggalak keusahawanan, SPRING Singapore bersama-sama Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), melancarkan sebuah sistem pengurusan antirasuah menurut Piawaian Singapura (SS) ISO 37001 - Keperluan beserta bimbingan untuk penggunaannya, hari ini.
Dengan pelancaran ini, syarikat-syarikat setempat boleh mempertingkat kawalan antirasuah mereka dengan mengamalkan SS ISO 37001.






