Syarikat kecil dan sederhana (SME) dalam sektor runcit dan keselamatan boleh memanfaatkan huraian digital bersepadu daripada dua kategori baru di bawah inisiatif Huraian Digital Lanjutan (ADS) Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).
Dua kategori yang dilancarkan ialah pengurusan runcit pelbagai saluran (OCRM) untuk peruncit dan pengurusan keselamatan bersepadu (ISM) untuk agensi keselamatan, dengan kerjasama Enterprise Singapore (EnterpriseSG) dan Kementerian Ehwal Dalam...





