SINGAPURA mengutuk serangan ganas yang berlaku di laluan kereta api metro St Petersburg semalam yang menyebabkan 11 terkorban dan 45 cedera.
Dalam kenyataannya, Kementerian Ehwal Luar (MFA) melahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mengharapkan mereka yang cedera untuk segera sembuh.





