SEBUAH taman hutan berusia 100 tahun, seperti sebuah taman Jurassic Park yang lengkap dengan kawasan tanah lembab air tawar, telah dibuka di Kebun Bunga, hari ini, Jumaat (31 Mac).
Diberi nama Learning Forest, atau Hutan Pembelajaran, projek bernilai $30 juta itu memberi peluang kepada pengunjung menikmati dua alam hutan - kawasan tanah lembab dan kawasan hutan bertanah rendah.





