SEKITAR 880,000 isi rumah warga Singapura yang menduduki flat HDB bakal menerima rebat bagi Bayaran Khidmat & Penyenggaraan (S&CC) bernilai $120 juta bagi Tahun Kewangan 2017 (FY2017).
Menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataannya hari ini, pemberian rebat S&CC diumumkan Pemerintah semasa pembentangan Belanjawan 2017 sebagai sokongan tambahan kepada isi rumah.





