NEW YORK (Amerika Syarikat): Harga minyak dunia meningkat dua peratus semalam selepas gangguan teruk terhadap bekalan minyak Libya selain cadangan supaya Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) serta pengeluar minyak lain meneruskan pengurangan pengeluaran sehingga akhir tahun.
Sekatan pengeluaran yang dilakukan kumpulan bersenjata di telaga minyak barat Libya, Sharara dan Wafa, telah mengurangkan pengeluaran sebanyak 252,000 tong sehari atau sekitar sepertiga,...





