WABAK selesema burung H5N1 di sebuah kampung di Kelantan tidak menjejas bekalan ayam dan telur Singapura, kata Penguasa Pertanian Makanan dan Ternakan (AVA) pada Khamis (9 Mac).
Menurut AVA, Singapura hanya membenarkan masuk ayam dan telur dari zon bebas penyakit di lima negeri di Malaysia - Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.





