Teroka topik persahabatan dan keterangkuman bersama anak-anak anda melalui persembahan teater, yang turut memperkenalkan haiwan yang berasal dari Singapura.
Dipanggil, ‘The Invisible Pangolin’, persembahan itu berlangsung selama sejam bertujuan untuk memupuk nilai seperti empati, pemahaman dan daya tahan dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga lapan tahun.





