DETROIT: Toyota akan melabur AS$10 bilion ($14.35 bilion) di Amerika Syarikat sepanjang lima tahun akan datang, kata syarikat itu pada Isnin (9 Jan) di pameran kereta tahunan Detroit.
Pengumuman tersebut dibuat hanya beberapa hari selepas bakal presiden Amerika, Encik Donald Trump, mengkritik pengeluar kereta Jepun itu kerana pengumumannya sebelum ini akan menempatkan semula kilang pengeluaran kereta Toyota Corolla ke Mexico.





