NEK TOM bersila di birai pintu rumah pusakanya. Dia melambai-lambai menggamitku dari kejauhan. Hatiku berbunga terbayang masak lemak rebung air tangan Nek Tom yang lazat menjilat jari itu. Kecur air liurku.
Lemak rebung Nek Tom memang tersohor di kampung kami. Nek Tom pandai membuang bau rebung yang bisa membantutkan selera itu. Direbus rebung dengan air kelapa terlebih dahulu kerana menurutnya...





