Pagi ini mentari bangun ketika dunia dikejut gemuruh ucapan selamat tahun baru selamat tahun baru tapi dada ini disarangi persoalan apa yang selamat di tahun baru ini? atau ianya hanya nyanyi harap kerana di hujung ucapan berkali sudah kesakitan dan tragedi berulang
puisi ini kubaca sedang api perang memerahi awan mengoyak hati nurani melihat anak kecil merangkak mencari mama maut...






