WASHINGTON: Presiden Donald Trump menyifatkan pada Khamis (10 Feb) keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan penggantungan arahan beliau menyekat kemasukan akyat tujuh negara majoriti Muslim sebagai "keputusan politik", dan berikrar pentadbirannya akhirnya akan menang.
"Kami akan berjumpa mereka di mahkamah," kata Encik Trump kepada pemberita yang berkumpul di luar pejabat setiausaha akhbar beliau.






