JAKARTA: Nasib nampaknya sudah berubah bagi Front Pembela Islam (FPI), kumpulan tegar yang mengetuai beberapa bantahan jalanan terhadap Gabenor Jakarta, Encik Basuki Tjahaja Purnama, berhubung dakwaan kononnya beliau menghina Islam.
Polis bukan sahaja mengumumkan mereka telah mengharamkan kumpulan itu mengadakan satu lagi perhimpunan di Jakarta Sabtu (11 Feb) ini, bahkan mengisytiharkan jurucakap FPI, Encik Munarman, seorang suspek kerana didakwa menghina...





