LONDON: Chelsea dengan amat yakin mencipta rekod kelab kemenangan liga 12 kali berturut-turut pada Isnin (26 Dis) untuk kekal mantap dengan kelebihan tujuh mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan 46 mata.
Dua gol daripada Pedro dan satu oleh Eden Hazard memberi mereka kemenangan 3-0 ke atas Bournemouth.





